Latar Belakang Penubuhan

MKM Korban & Akikah adalah salah sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan akikah, korban & dam bernaung di bawah syarikat MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd (syarikat rasmi pengelola Jemaah Haji & Umrah Malaysia) sejak tahun 2011. Syarikat ini beroperasi di alamat Wisma MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd, B-29, Star Avenue Commercial Centre, Jalan Zuhal U5/179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

MKM Korban & Akikah merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah korban, dam dan akikah. MKM Korban & Akikah berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya di seluruh dunia secara amnya dalam pelaksanaan ibadah korban, akikah dan dam (bagi jemaah yang sedang melaksanakan ibadah Haji). MKM Korban & Akikah berhasrat untuk menjadi satu jenama perkhidmatan akikah dan korban yang diyakini dan profesional disamping dapat membantu umat Islam di luar negara yang lebih memerlukan.

Kami telah melaksanakan korban dan akikah di beberapa buah negara termasuk Saudi Arabia, Kemboja, Bangladesh, Filipina, Ethiopia, Afrika, Sudan, India, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Nigeria. Manakala, bagi ibadah dam dilaksanakan di Tanah Suci.