Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya”. (Al-Kautsar: 1-3)

Ibadah korban adalah merupakan salah satu daripada ibadah yang paling agung di sisi Islam. Kerana itu Nabi SAW mensyariatkan kepada kita semua, bahkan mengarahkan kepada Para Sahabat semua untuk berkorban dan menyaksikan korban.

Nabi SAW pernah meminta kepada Fatimah RA (anak kepada Rasulullah SAW) untuk menyaksikan haiwan korbannya sendiri kerana kata Nabi SAW: “Kamu akan diampunkan daripada titisan pertama haiwan korban kamu.”

Begitu juga Nabi SAW bersama dengan para Sahabat baginda. Antara perkara yang terawal sekali Baginda lakukan ketika Hari Raya Aidiladha adalah Nabi SAW menunaikan solat sunat raya, dan kemudian Nabi SAW melaksanakan ibadah korban.

Dan Nabi SAW mengatakan: “Makanlah (binatang korban itu), simpan, dan berikan makan”.  Ibadah korban ni satu ibadah yang mulia, kerana padanya terdapat unsur-unsur kita “berkongsi”, kita berkongsi rezeki, kita berkongsi makanan, kita berkongsi daging yang kita sembelih.

Maka, ibadah korban ini walaupun Allah berfirman: “Darah-darah daripada binatang korban ini tidak sampai kepada Allah”, tetapi Allah hendak melihat sama ada kita ini menunaikan perintah Allah ataupun tidak, itulah taqwa yang akan sampai kepada Allah. Jadi, ibadah korban ini adalah satu ibadah yang sangat baik untuk kita laksanakan, kerana ia merupakan satu daripada cabang Islam yang baik, ia mengandungi unsur memberikan makan.

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi pernah ditanya, “Apakah Islam yang paling baik?” Maka Nabi SAW menjawab salah satunya, “Kita berikan makan”. Bahkan dalam sebuah hadis sahih yang lain, Nabi SAW juga pernah bersabda, bila ditanya apakah amalan yang paling baik di sisi Allah, Nabi SAW menjawab: “Kegembiraan yang kita masukkan dalam hati seorang Muslim, yang akan menyingkap kesempitannya dan juga menghilangkan kelaparannya”.

Mudah Korban bersama MKM.

DR. KAMILIN JAMILIN

Penasihat Agama
MKM Korban & Akikah
– Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang menggerakkan daya dan usaha kita untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menunjukan jalan terbaik untuk kita sama-sama menelusurinya.

Sesungguhnya ibadah korban adalah merupakan salah satu tuntutan ke atas umat Islam sepertimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW:

“Apabila masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu berhajat untuk melaksanakan ibadah korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya”. (muslim)

Ibadah korban adalah ibadah sunnah yang sangat digalakkan di dalam Islam (sunnah muakkadah). Saban tahun umat Islam di seluruh dunia melaksanakan Ibadah korban dan peristiwa pertama telah  direkodkan Allah dalam al-Quran  pada peristiwa korban Qabil & Habil. Kemudiannya, pensyariatan ibadah korban bermula seiring dengan ibadah haji yang dilakukan oleh Baginda SAW pada peristiwa tahun 10 Hijriyyah yang lebih dikenali sebagai Haji Wada’ (Haji Perpisahan).

Untuk makluman, MKM Korban & Akikah menawarkan perkhidmatan pelaksanaan Ibadah Korban, Akikah & Dam. Kami di MKM Korban & Akikah mengambil tanggungjawab menyediakan pekhidmatan pelaksanaan Korban & Akikah kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya dengan mudah, murah, diyakini  dan dipercayai di negara-negara umat Islam yang lebih memerlukan.

MKM Korban & Akikah mensasarkan sebahagian besar pelaksanaan Ibadah Korban dan Akikah dilaksanakan di negara-negara saudara umat Islam yang berada dalam keadaan serba kekurangan dan perlu diberikan perhatian seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, India dan beberapa buah negara lain.

Keistimewaan MKM Korban & Akikah juga telah mempunyai pengalaman lebih 15 tahun menguruskan dan melaksanakan Ibadah Korban, Akikah dan Dam di Mekah. Kami di MKM Korban & Akikah mendoakan kita semua sentiasa berkemampuan untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada umat Islam di seleuruh dunia yang memerlukan. Semoga berkat sokongan dan keikhlasan rakyat Malaysia melaksanakan ibadah ini dipermudahkan dan diterima Allah SWT.

Wassalam.

Pengurus
MKM Korban & Akikah