MKM Korban & Akikah

  1. Bagaimana untuk memastikan kesahihan MKM Korban & Akikah?
    MKM Korban & Akikah berpengalaman selama 13 tahun dalam menguruskan pelaksanaan ibadah qurban, dam dan aqiqah. Pejabat kami beroperasi sepanjang tahun di alamat Wisma MKM Ticketing Travel & Tours, B-29, Star Avenue Commercial Centre, Jalan Zuhal U5/179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Selain itu, kami juga telah banyak bekerjasama dengan institusi pendidikan, syarikat korporat, badan-badan NGO dan sebagainya.
  2. Bagaimana MKM Korban & Akikah boleh menyediakan perlaksanaan akikah yang lebih rendah berbanding harga akikah semasa di Malaysia?
    Kami mampu menawarkan harga akikah yang lebih rendah kerana pelaksanaannya dilakukan di negara-negara pengeluar dan pembekal haiwan ternakan, serta ianya dibeli dengan kuantiti haiwan yang banyak.
  3. Bolehkah memilih negara pelaksanaan?
    Peserta tidak digalakkan memilih negara pelaksanaan. Setiap pendaftaran akan dimasukkan ke dalam sistem dan negara pelaksanaan itu akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut keperluan di setiap negara.
  4. Bilakah saya akan menerima sijil?
    Sijil pengesahan akan diposkan dalam masa satu hingga ke dua bulan selepas selesai pelaksanaan, kerana tempoh tersebut adalah tempoh proses untuk melengkapkan segala laporan pelaksanaan yang kami terima daripada 5 buah negara pelaksanaan tersebut.
  5. Adakah sudah memadai jika akad melalui borang atau panggilan telefon sahaja?
    Ya memadai. Yang penting adalah niat dan transaksi yang berlaku, dan akad melalui bacaan boleh didapati di borang pendaftaran dan akad melalui lafaz boleh dibuat melalui telefon.
  6. Apakah MKM Korban & Akikah ada melantik mana-mana wakil jualan?
    MKM Korban & Akikah tidak pernah melantik mana-mana wakil jualan atau persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran Korban, dam dan Akikah.
  7. Adakah MKM Korban & Akikah menghantar wakil daripada Malaysia ke luar negara untuk pemantauan?
    Ya. MKM Korban & Akikah ada menghantar beberapa urusetia daripada Malaysia ke beberapa buah negara pelaksanaan tersebut.
  8. Bagaimana untuk mengetahui yang setiap sembelihan itu mematuhi syariah?
    Kami melantik wakil-wakil yang berkelayakan dan berpengalaman dalam memantau penyembelihan Korban, dam dan Akikah. Pemantauan daripada pihak kami sendiri akan dijalankan secara berkala.
  9. Adakah MKM Korban & Akikah boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp?
    Ada. Boleh hubungi kami menggunakan aplikasi WhatsApp di https://alkhairiqurban.wasap.my/